English

Replika Kunci Tanda Penyerahan Projek Masjid Serting Tengah Jempol kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan oleh Pengarah JKR Negeri Sembilan

Masjid direkabentuk berkonsep lantai tinggi dan kontemporari berharga RM2.9juta dengan kapasiti sebanyak 500 orang jemaah dalam ruang solat utama serta 200 lagi di ruang lempah. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta Pengerusi masjid-masjid di seluruh Negeri Sembilan amat berpuas hati dengan kualiti pembinaan dan rekabentuk masjid yang cantik di samping mempunyai daya tarikan tersendiri serta dilengkapi dengan penghawa dingin. Di samping bangunan masjid baru yang menempatkan bilik imam, bilik mesyuarat, bilik utiliti, pejabat, tempat wuduk luar, tempat wuduk imam, tandas lelaki dan wanita serta minaret yang mampu disiapkan dalam tenpoh 18 bulan, masjid turut dilengkapi dengan bilik mandi jenazah, bangunan dapur, wakaf dan kerja luaran lain termasuk laluan OKU.

Majlis penyerahan projek turut dihadiri oleh YB Adun Serting Dato Shamsulkahar bin Md Deli merangkap Pengerusi JK Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi, YB Adun Sg Lui Dato Zainal Abidin bin Ahmad serta YB Sohibus Samahah Dato Haji Mohd Yusof  bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Sembilan yang turut membuat pengisytiharan Solat Jumaat di Masjid Serting Tengah baru. Seramai lebih 600 orang telah menghadiri majlis penyerahan masjid tersebut yang diikuti dengan Solat Jumaat yang pertama.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Disediakan oleh: JKR Negeri Sembilan

Related Posts