English
Pada 13hb Julai 2015 Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha telah menyampaikan Sijil Penarafan Hijau pH JKR kepada Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di dalam satu majlis di Menara 1 Bukit Aman. 
 
Sijil tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah. 
 
Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) merupakan bangunan kerajaan sediaada bukan kediaman dalam kategori KB2 yang pertama diberi pengiktirafan Penarafan Hijau pH JKR semenjak ia dilancarkan. Balai Polis Taman Tun Dr Ismail mendapat pengiktirafan 3 bintang setelah penilaian dibuat oleh panel penilai JKR. 
 
PDRM merupakan organisasi kerajaan pertama yang mempelopori pelaksanaan amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau sekali gus menyahut Dasar Teknologi Hijau Negara.
 

Related Posts