English

Pada 5 April 2013, Y.Bhg, Ir. Mamman K.T George, Pengarah Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi, telah merasmikan pembukaan Pusat Sumber CPPT. Turut sama mengiringi beliau ialah Tn. Hj. Mhd Razali Che Cob, Ketua Bahagian Korporat serta pegawai-pegawai kanan Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi.

Pembukaan majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Ketua Unit Sumber Manusia, En. Mohamad Zaid Saad. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah dan diikuti upacara memotong reben sebelum sesi  taklimat ringkas mengenai susunatur dan kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber CPPT.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi penyampaian sijil Anugerah Tokoh JKR sesi II 2012 dan diakhiri dengan upacara Tuan Pengarah CPPT menurunkan tandatangan diruang yang dikhaskan sebagai simbol bahawa dengan rasminya pembukaan Pusat Sumber CPPT 2013.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts