English
Sukacita diingatkan bahawa tarikh tutup penyertaan Anugerah JKR sempena dengan Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2015 adalah pada 28 Januari 2015 (Selasa). Oleh yang demikian, kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan borang penyertaan dan laporan anugerah (bergantung kepada syarat penyertaan) pada tarikh tersebut amatlah dihargai. Berikut merupakan empat (4) anugerah yang dipertandingkan:
 
a)Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik (Rujuk Lampiran A)
b)Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik (Rujuk Lampiran B)
c)Anugerah Pengurusan Projek Terbaik (Rujuk Lampiran C)
d)Anugerah Kontraktor Cemerlang(Rujuk Lampiran D)
 
Ringkasan keperluan penyertaan bagi anugerah yang dipertandingkan ini adalah seperti di Lampiran 1.
 
Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam memastikan kelancaran perjalanan anugerah ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Unit Anugerah, 
Bahagian Pengurusan Kualiti,
Caw. Dasar dan Pengurusan Korporat.

Related Posts