English

Mesyuarat dan perjumpaan terakhir YBhg. Dato' Ir Hj Annies Md Ariff bersama Pengarah-Pengarah sebelum persaraan rasmi sebagai KPKR telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 30 April 2015.

 
Pada sesi ini YBhg.Dato' KPKR telah mengimbas zaman awal JKR sebagai peneraju pembangunan negara dengan pembangunan-pembangunan 'Landmark' kebanggaan negara.
 
Beliau mengimbas perjalanan JKR dari masa tersebut sehingga kini dengan cabaran yang berbeza. Cabaran persepsi umum melalui media-media sosial perlu ditangani dengan baik. Beliau berpuas hati Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah dapat menongkah arus dengan memainkan peranan yang amat berkesan semasa bencana banjir baru-baru ini dan mahukan terus aktif. Beliau mengingatkan jangan keterlaluan kerana akan ditolak oleh rakyat.
 
Dalam perbincangan hati ke hati seterusnya Pengarah-Pengarah telah memberikan pandangan masing-masing tentang pencapaian dan halatuju JKR. TKPKR mewakili ahli mesyuarat mengucapkan setinggi penghargaan kepada KPKR di atas segala khidmat bakti selama menerajui JKR.
 
Sesi diakhiri dengan pembentangan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam bidang Perolehan Kerja oleh Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB).
 
Berikut gambar-gambar semasa perjumpaan khas yang telah diadakan.
 
 
 

Related Posts