English

Pensijilan Jurutera Struktur Kekompetenan  Tahap 4 (SECL4)
(Certified Structural Engineer Competency Level 4)



Semua Jurutera Awam yang berpengalaman adalah dijemput untuk memohon program pensijilan yang akan memberi penauliahan kepada Jurutera Struktur Bangunan yang pernah melaksanakan kerja kerja rekabentuk struktur bangunan.

Pensijilan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf pengetahuan, kekompetenan dan kepakaran Jurutera Awam dalam bidang rekabentuk struktur yang telah diperolehi melalui pengalaman bekerja di JKR. Pengiktirafan ini adalah suatu inisiatif untuk meningkatkan keyakinan diri, jaminan tentang kebolehpercayaan dan kualiti serta kepuasan kepada pegawai pegawai yang telah mencapai suatu tahap kebolehan yang dikagumi dan menjadi tauladan serta pakar rujuk di JKR. Ini adalah diantara usaha dan tindakan awalan jabatan untuk mengiktiraf pegawai-pegawai pakar sejajar dengan perancangan Kerajaan Malaysia.

Semua Jurutera Awam yang berkemahiran, bertaraf Profesional (P.E) dan mempunyai sekurang kurangnya 5 tahun pengalaman didalam kerja merekabentuk struktur bangunan adalah digalak untuk mendapatkan penauliahan ini.

Bagi permohonan kategori tahap SECL4 ini, tuan /puan hendaklah menyatakan kepakaran rekabentuk struktur dalam bidang tertentu (yang ingin dipohon) seperti struktur konkrit , kayu keluli, komposit atau lain lain yang berkaitan dengan struktur bangunan.

Tuan/puan adalah dikehendaki mengisi borang permohonan serta mematuhi syarat syarat permohonan dan lain lain keperluan seperti di nyatakan dalam buku panduan permohonan program pensijilan ini.

 
Tarikh permohonan dibuka : 16 September 2013

Tarikh tutup menghantar borang permohonan serta laporan : 1 November 2013


Borang permohonan hendaklah dihantar kepada pejabat Urusetia Program Pensijilan Jurutera Awam.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Urusetia
Program Pensijilan Jurutera Awam
Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan
Tkt 15 Center Point North,
The Boulevard, Mid Valley
Lingkaran Syed Putra 59200 K.L
Phone : 03-92354701

Related Posts