Submitted by adminjkr on Mon, 02/12/2013 - 12:00am
English
Pensijilan Jurutera Struktur Kekompetenan Tahap 2, 3 & 4 (SECL2, 3 & 4)
(Certified Structural Engineer Competency Level 2,3 & 4)
Semua Jurutera Awam yang berpengalaman adalah dijemput untuk memohon program pensijilan yang akan memberi penauliahan kepada Jurutera Struktur Bangunan yang pernah melaksanakan kerja kerja rekabentuk struktur bangunan.
Pensijilan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf pengetahuan, kekompetenan dan kepakaran Jurutera Awam dalam bidang rekabentuk struktur yang telah diperolehi melalui pengalaman bekerja di JKR. Pengiktirafan ini adalah suatu inisiatif untuk meningkatkan keyakinan diri, jaminan tentang kebolehpercayaan dan kualiti serta kepuasan kepada pegawai pegawai yang telah mencapai suatu tahap kebolehan yang dikagumi dan menjadi tauladan serta pakar rujuk di JKR. Ini adalah diantara usaha dan tindakan awalan jabatan untuk mengiktiraf pegawai-pegawai pakar sejajar dengan perancangan Kerajaan Malaysia.
Semua Jurutera Awam yang berkemahiran, dan berkelayakkan adalah digalak untuk mendapatkan penauliahan ini.
Tuan/puan adalah dikehendakki mengisi borang permohonan serta mematuhi syarat syarat permohonan dan lain lain keperluan seperti di nyatakan dalam buku panduan permohonan program pensijilan ini.
Tarikh permohonan dibuka : 1 Disember 2013
Tarikh tutup menghantar borang permohonan serta laporan : 16 Januari 2013
Borang permohonan hendaklah dihantar kepada pejabat Urusetia Program Pensijilan Jurutera Awam.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Urusetia
Program Pensijilan Jurutera Awam
Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan
Tkt 15 Center Point North,
The Boulevard, Mid Valley
Lingkaran Syed Putra 59200 K.L
Phone : 03-92354701
Related Posts
- 1023 reads