English
PROGRAM KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2015 BERMULA DI SINI
 
1.Program KIK JKR Tahun 2015 bertujuan menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di JKR akan diadakan bermula pada tarikh iklan ini dikeluarkan seperti butiran berikut;
 
i.Pendaftaran Baru Kumpulan KIK
-Pendaftaran terbuka kepada kumpulan baru yang belum berdaftar dengan BLP/CLI. 
-Sila isi Borang Pendaftaran Kumpulan dan Borang Penyertaan Idea/Projek KIK Tahun 2015 seperti di Lampiran B dan Lampiran C
 
ii.Penyertaan Idea/Projek Kumpulan KIK Tahun 2015
-Penyertaan terbuka kepada kumpulan KIK sedia ada yang telah berdaftar dengan BLP/CLI.
-Sila isi Borang Penyertaan Idea/Projek KIK Tahun 2015 seperti di Lampiran C.
 
2.Semua kakitangan JKR Cawangan/Negeri/Unit Khas dengan segala hormatnya adalah dipelawa untuk menyertai Program ini dengan mengemukakan Borang seperti di Lampiran B dan Lampiran C kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 23 Januari 2015 (Jumaat) melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC/KPPiB/KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada:
 
Ketua,
Bahagian Penyelidikan & Inovasi, 
Cawangan Latihan & Inovasi,               
Ibu Pejabat JKR Malaysia,                                                                                   
Tingkat 3, Menara PJD, No. 50 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
No. Fax: 03-4041 1869
 
3.Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program KIK JKR Tahun 2015, sila hubungi:
Puan Anisah Bt. Idris : (T) : 03-2618 7919
                                  (E) : Anisahi [at] jkr.gov.my 
 
Sekian, terima kasih.

Related Posts