English

Urusan Panggilan Temuduga Pegawai CFS oleh SPA


Dimaklumkan bahawa setiap pegawai yang berminat untuk memasuki perkhidmatan awam perlulah terlebih dahulu berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan serta menghadiri sesi temuduga yang dikendalikan oleh pihak SPA. Segala urusan panggilan temuduga adalah di bawah bidang kuasa pihak SPA dan rayuan boleh dibuat secara terus kepada pihak SPA.

Pihak SPA telah memaklumkan bahawa Pegawai CFS yang berminat perlu membuat permohonan dengan mendaftar dan mengemaskini pendaftaran dengan pihak SPA dengan mengisi Borang SPA 8i

(STATUS PERKHIDMATAN : SEDANG BERKHIDMAT DALAM PEKHIDMATAN AWAM)

menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) SEBELUM 31 MAC 2014. Ini bagi membolehkan permohonan yang dibuat akan diproses sekiranya terdapat urusan temuduga dijalankan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.
 

Bahagian Dasar Sumber Manusia
Cawangan Pengurusan Korporat JKR

Related Posts