English

Untuk makluman, Bahagian Dasar Sumber Manusia (BDSM) telah mengedarkan Surat Setuju Terima tawaran dan Dokumen Perjanjian yang perlu dilengkapkan oleh semua pegawai CFS yang berminat untuk menyambung perkhidmatan bermula 10 Januari 2013. Satu (1) salinan dokumen yang telah lengkap hendaklah dikembalikan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya untuk perhatian Encik Muhammad Jafni Muhammad Jasni (03-2771 4909) sebelum atau pada 31 Januari 2013 untuk tindakan selanjutnya. Oleh yang demikian, mohon semua pegawai untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang masalah dalam proses penyambungan. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, pegawai boleh terus berhubungan dengan Cik Nurul Hidayah Binti A Aziz di talian 03-2610 8111. Kerjasama Pegawai berhubung perkara di atas amatlah dihargai.

Dokumen Lampiran:

Surat Edaran KKR
Dokumen Perjanjian CFS 2013

Sekian, terima kasih.

Bahagian Dasar Sumber Manusia
Cawangan Pengurusan Korporat JKR

Related Posts