Submitted by adminjkr on Wed, 08/01/2014 - 12:00am
English
Adalah dimaklumkan ambilan pertama bagi Program Pembangunan Duta Inovasi JKR 2014 telah dibuka. Program selama 20 hari anjuran Genovasi berkonsepkan Design Thinking ini mensasarkan perkara berikut:
i. Pegawai Tetap & Profesional JKR;
ii. Berumur 35 tahun ke bawah;
iii. Dua mod kursus yang boleh dipilih para peserta adalah seperti berikut:
BIL | MOD KHUSUS | HARI BERKHUSUS | JADUAL |
1 | Double Short Track (Part Time) | Isnin dan Selasa atau Sabtu dan Ahad | 10 Februari 2014 - 18 April 2014 |
2 | Daily Dose Track (Full Time) | Isnin hingga Jumaat | 24 Mac 2014 - 18 Apirl 2014 |
Maklumat lanjut bagi program ini adalah seperti di Lampiran 1. Di antara objektif bagi program ini adalah seperti berikut:
- Melahirkan pegawai JKR yang berkompetensi kreatif dan inovatif yang akan menjadi Duta Inovasi di cawangan, bahagian dan unit tempat bertugas;
- Untuk membangunkan pegawai yang berpotensi sebagai inovator dan akan menjadi pemangkin di tempat kerja;
- Untuk menyediakan pegawai muda JKR sebagai pelapis dan menjadi peneraju inovasi bagi menghadapi cabaran abad ke 21.
Semua penyertaan program adalah dibuat melalui Unit Penyelidikan & Inovasi, Bahagian Latihan & Penyelidikan. Pegawai yang berminatadalah dijemput untuk mengemukakan borang penyertaan di Lampiran 2 beserta borang sokongan ketua jabatan seperti di Lampiran 3 selewat-lewatnya pada 24hb Januari 2014 (Jumaat) melalui Ketua Program Penyelidikan & Inovasi Cawangan/Bahagian/Negeri masing-masing seperti di Lampiran 4 dan dialamatkan kepada:
Ketua Unit,
Unit Penyelidikan & Inovasi,
Bahagian Latihan & Penyelidikan,
Cawangan Pengurusan Korporat,
Tingkat 3, Menara PJD,
No. 50, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
(u.p: Sr. Hjh. Hashimah Binti Harun)
No. fax: 03-4041 1869
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Nurul-Fatin Binti Man di talian 03-2618 7915 atau email ke NurulFatin [at] jkr.gov.my.
Related Posts
- 903 reads