English
Objektif Program Pensijilan Jurutera Forensik ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Jurutera Awam JKR yang telah mencapai kepakaran dan kekompetenan khusus dalam bidang forensik struktur melalui  pengalaman bekerja di JKR. 
 
 
Pengiktirafan ini adalah usaha murni JKR untuk mewujudkan pakar-pakar rujuk atau ‘Subject Matter Experts’ JKR selaras dengan visi JKR untuk menjadi pemberi perkhidmatan kejuruteraan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan untuk pembangunan infrastruktur negara.
 
 
Semua Jurutera Awam yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam buku panduan permohonan program pensijilan jurutera forensik struktur adalah digalakkan memohon dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Urusetia Program Pensijilan Jurutera Forensik seperti alamat yang tertera di bawah.
 
 
Tarikh permohonan  dibuka  : 5 Februari 2014
Tarikh tutup menghantar borang  permohonan    : 28 Mac 2014
 
 
Sila klik DI SINI untuk memuatturun Borang Permohonan
Sila klik DI SINI untuk memuatturun Buku Panduan Permohonan
Sila klik DI SINI untuk memuatturun Broucher  
 
 
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi:
 
Urusetia 
Program Pensijilan Jurutera Forensik
Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tkt 21, Menara PJD
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
 
No. Telefon : 03-26181290 (Nor Hazlina Abdullah) / 26181297 (Azizan Zainal)
 

Related Posts