English

JKR Bahagian Latihan dan Penyelidikan akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan turbin hydrokinetic sumber tenaga baru bagi menjana tenaga elektrik melalui ekstraksi tenaga kinetic arus deras sungai. Projek ini yang merupakan projek hidrokinetik yang pertama dalam dunia  melibatkan penyelidikan dari peringkat penjanaan idea, pembinaan prototaip makmal dan kejuruteraan dan seterusnya dilancarkan ditapak di Sungai Rajang, Sarawak secara projek perintis. Projek ini akan dilaksanakan secara kerjasama diantara JKR dan UTM melibatkan bidang kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Sivil. Disamping menghasilkan turbin projek ini juga menyediakan program Sarjana Industri bagi warga JKR dalam gred J41 hingga J48 dalam bidang kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Sivil dengan tempoh selama 2 tahun sepenuh masa dalam pasukan projek.

Oleh itu warga JKR yang berminat dalam bidang tersebut boleh berhubung dengan Bahagian Latihan dan Penyelidikan di Tkt 3 Menara PJD atau emelkan kepada Kamarul [at] jkr.gov.my atau hanimsulaiman [at] jkr.gov.my untuk maklumat lanjut.

Related Posts