English

Pada 2 hingga 5 Julai 2013 yang lalu, kumpulan Q’Bestari Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Terengganu telah dipilih oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk mewakili Malaysia ke  The International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013 bertempat di Resorts World Sentosa, Singapura. Pemilihan ini berdasarkan pencapaian Q’Bestari yang telah berjaya menerima anugerah Emas Tiga Bintang pada Konvensyen ICC Kebangsaan 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada tahun lepas. Selain itu, kumpulan Q’Bestari juga telah berjaya menjadi Johan Kategori Pengurusan dalam Konvensyen  Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat JKR Malaysia dua tahun berturut-turut (2011 & 2012), Johan KIK Kategori Pengurusan peringkat Kementerian Kerja Raya 2012, Johan Anugerah Inovasi ICT Kementerian Kerja Raya 2012 dan Pingat Emas Konvensyen ICC Wilayah Timur tahun 2012 dan 2013.  

The International Exposition on Team Excellence (IETEX) adalah satu acara dengan organisasi daripada industri dan sektor-sektor yang berbeza di seluruh Asia mempamerkan  pelbagai projek inovatif dan kreatif mereka. Kumpulan-kumpulan ini akan dinilai oleh panel hakim yang berpengalaman dari negara-negara yang mengambil bahagian. Ia juga menyediakan platform untuk pakar-pakar kualiti, pengamal Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan peminat dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan mengenai amalan terbaik dalam menggalakkan kecemerlangan kerjasama dalam organisasi. Di samping itu, ia juga  memberi peluang untuk belajar dari Kumpulan KIK terbaik dari seluruh dunia dan bertukar-tukar idea, pengetahuan dan pengalaman, penambahbaikan berterusan dan inovasi melalui kerjasama berpasukan.

Bagi IETEX 2013, sebanyak 32 pasukan dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, India, Taiwan, China dan Hong Kong telah mempamerkan projek-projek mereka. Kumpulan Q’ Bestari yang diketuai oleh Sr. Zaimah binti Mohd dan Sr. Hj. Embong bin Said sebagai fasilitator dengan tajuk projek “Delaying in Preparation of Variation of Prices (VOP) for Civil Works Construction Materials” telah mengharumkan nama Malaysia dengan mendapat tempat ke tiga (Bronze Award) dan telah layak untuk mewakili Malaysia dalam International Team Excellence Award (ITEA) 2014 anjuran American Society for Quality (ASQ) pada tahun hadapan.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts