English

Berikut adalah ucapan "Salam Perpisahan" daripada beliau:-

Y Bhg Dato' Seri, Dato' Dato', Datin Datin, Tuan tuan dan puan puan,

Assalammualaikum wm wbt dan salam sejahtera,
Hari ini 9/4/2013 adalah hari terakhir saya berkhidmat sebagai pegawai Kerajaan dan sebagai Pengarah CKJG. Esok saya akan mula bersara setelah 34 tahun bersama sama dengan JKR.

Dengan itu saya ingin merakam setinggi tinggi penghargaan serta ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama sepanjang saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf di atas apa jua kesalahan dan kesilapan mahu pun terkasar bahasa di sepanjang masa saya menjalankan tugas ataupun secara peribadi.

Akhir kata saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua dan semuga JKR akan terus unggul dan dihormati semua.

Sekian
Wabillahittaufik wal hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Ikhlas dari:
Dato' Aishah Othman
9 April 2013


Dengan ini Jabatan Kerja Raya merakamkan sekalung syabas dan penghargaan kepada YBhg. Dato' Ir. Aishah Othman di atas perkhidmatan yang cemerlang. Jabatan juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan sumbangan YBhg. Dato' Ir. Aishah Othman selama 34 tahun dengan Jabatan. Selamat maju jaya dan selamat menempuh kehidupan baru di alam persaraan.

Related Posts