English

Seminar ‘Value Creation Through Life Cycle Costing’

 
Seminar ‘value creation through life cycle costing’ anjuran Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara telah berlangsung pada 18 Disember 2014 bertempat di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Duta.
Seminar ini bertujuan memberikan kesedaran kepada warga JKR terutama pegawai-pegawai yang terlibat dengan rekabentuk dan/atau pengurusan projek terhadap arahan-arahan Kerajaan yang terkini dalam penggunaan LCC. Selain itu, ianya juga memberi pendedahan tentang konsep serta penggunaan LCC dalam rekabentuk projek Kerajaan dan penggunaan LCC untuk tujuan sistem perakaunan akruan Kerajaan.
 
 
Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Senggara, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Dato' Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seminar ini yang dihadiri oleh kakitangan JKR ibu Pejabat, JKR Negeri-Negeri, pegawai-pegawai Kader JKR dan pegawai kewangan dari kementerian yang terlibat dalam LCC dengan jumlah keseluruhan peserta adalah  seramai lebih kurang 170 orang. 
 
Kertas kerja pembentangan yang membincangkan tentang pengenalan kepada ‘Green Government Procurement Policy’ mampu memberi perubahan yang besar terhadap proses perolehan telah disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu En. Shah Iskandar Bin Zulkarnain, Penolong Setiausaharah, Kementerian Kewangan Malaysia. 
 
Selain itu, Sr. Dr. Mohd Mazlan bin Hj. Che Mat turut berkongsi pandangan dan pengalaman beliau selaku pelaksana dalam bidang LCC ini berdasarkan kajian-kajian serta projek yang beliau jalankan sepanjang karier beliau. Beliau juga berpengalaman membangunkan perisian LCC untuk digunakan dalam proses perolehan sesuatu asset.
Berikut adalah senarai kertas kerja yang dibentangkan :
Kertas Kerja 1: Pengenalan kepada “Government Green Procurement policy”(SPP Bil.2/2014)   
( En. Shah Iskandar bin Zulkarnain – Kementerian Kewangan Malaysia)
 
Kertas Kerja 2:   a. History and Concepts of LCC
b. Importance of LCC
c. elements of LCC
d. Implementation Process of LCC
e. Life Cycle
` f. Sensitivity Analysis
g. Data Sources
h. Concept of Time Value of Money
i. Techniques of LCC
j. Applications of LCC
(Sr. Dr. Mohd Mazlan bin Hj. Che Mat – Value Management Academy) 
 
 
 
Laporan berita oleh : Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK)
https://jpak.jkr.gov.my 
Gambar Program - Seminar ‘value Creation Through Life Cycle Costing’
 

Related Posts