English

Seminar Communities of Practice (CoP) JKR 2015 telah diadakan pada 24 Februari 2015 di Bilik Tanjung, Blok A, KKR. Peserta seminar terdiri daripada pengurusan atasan, pengarah Cawangan dan JKR Negeri, CoP Task Force dan Pengurus Pengetahuan JKR. Seminar telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Annies bin Md. Ariff, Ketua Pengarah Kerja Raya.


Seminar yang dianjurkan bersama oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Cawangan Latihan dan Inovasi bertujuan untuk mendapat maklumbalas dan endorsmen ke atas cadangan pengukuhan CoP untuk memastikan CoP lestari. Sr Roznita Othman membentangkan hasil kajian soalselidik mengenai kepenggunaan JCoP, strategi pengukuhan CoP dan tiga (3) dokumen untuk menyokong iniisatif CoP, iaitu- CoP Awareness Training Manual, Facilitation Guide to Cultivate CoP dan CoP Sustenance Guide. En. Khairil Hizar Md Khuzaimah membentangkan platform online CoP, JCoP yang telah dinaiktaraf.

Di akhir seminar, rumusan dan ucapan penutup telah disampaikan oleh Ir. Hj. Mohd. Daud bin Harun, Pengarah Kanan PROKOM.


Related Posts