Submitted by adminjkr on Thu, 29/01/2015 - 12:00am
English
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah mengadakan satu seminar bertajuk Inisiatif dan Hala Tuju CPAB pada 26 hingga 28 Jan 2015 di Bilik Bixa/ Citrus, Tingkat 28, Menara PJD, Kuala Lumpur. CPAB adalah cawangan baru yang ditubuhkan dibawah penstrukturan semula JKR. CPAB adalah cawangan baru yang mengabungkan Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM) dengan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara (BPKS) menjadi SATU.
Objektif seminar ini adalah :
1. Merapatkan jurang (gap) pengetahuan mengenai inisiatif yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Projek Kompleks(BPPK) dan Bahagian Perunding Pengurusan Aset (BPPA).
2. Berkongsi Bisnes Plan CPAB yang terdiri dari Bisnis Plan Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK) dan Bahagian Perunding Pengurusan Aset (BPPA).
3. Membina ‘jalinan network’ diantara BPPK dan BPPA serta CPAB Ibu pejabat Kuala Lumpur dan CPAB Negeri .
Seramai seratus empat puluh tujuh (147) peserta telah menghadirkan diri dan sebanyak Dua puluh (20) topik inisiatif telah dibentangkan dan Slide topik inisiatif tersebut telah diupload ke dalam Jpedia JKR (dibawah Domain Wiki Notes) untuk rujukan bersama.
Semoga seminar ini dapat mempercepatkan proses Team building CPAB yang perlu melalui empat (4) proses iaitu, Forming, Storming, Norming dan Performing dan CPAB dapat menyumbang sepenuhnya kearah kecemerlangan penyampaian projek JKR.
Berita dari BPKS, CPAB, IPJKR.
Related Posts
- 986 reads