English

Seminar ini telah diadakan pada 9
April 2014 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR yang bertemakan “JKR Peneraju
Aset Kerajaan” yang telah dihadiri seramai 300 orang peserta dari pegawai Kader
JKR di setiap agensi dan kementerian.

*gambar diatas*

Ucapan perasmian oleh YBhg Dato’ Sr. Abdull
Manaf bin. Hj. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar


Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sr. Abdull Manaf bin. Hj. Hashim,
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar. Turut hadir sama YBhg
Dato’ Ir. Dr. Hasnul Mohamad Salleh, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan
Senggara, Tn. Hj. Ir. Zulkifly bin Madon Pengerusi Majlis Tindakan Kader, Tn.
Hj. Ir. Mohd Daud bin Harun Pengarah Cawangan Pengurusan Korporat merangkap
Penasihat  seminar,Tn. Hj. Ahmad Rosli
bin Abdul Rahman Ketua Bahagian Kader, Cawangan Pengurusan Korporat sebagai
Ketua Penyelaras Seminar,Pengarah-Pengarah Cawangan dan Pengarah teknikal Kader


Peserta seminar

Tujuan seminar ini diadakan ialah
untuk memberikan
pendedahan kepada pegawai Kader JKR mengenai sistem pengurusan kerajaan yang
baru iaitu Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) dan hubungkait antara PATA dan
Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR serta menjelaskan peranan dan
tanggungjawab  pegawai Kader JKR di
kementerian pelanggan sama ada yang terlibat di dalam Pengurusan Aset mahupun
Pengurusan Projek

Pembentangan Kertas 1 oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hasnul
bin Mohd Salleh, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Senggara


Seminar
dimulakan dengan Pembentangan Kertas 1 bertajuk “Hala Tuju Pengurusan Aset JKR”
yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hasnul bin Mohd Salleh,
Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Senggara dan diikuti pembentang kertas   ke-2 Ir Hj Mohd Sabri bin Mat Deris, Pengarah
BPKS, CKS  dengan tajuk “Konsep
Pengurusan Aset Tak Alih”. Selepas itu, seminar diteruskan dengan Pembentang
kertas ke-3 ialah Puan Shahiena Azli Bt. Abdul Azis, PPK BPKS,CKS  bertajuk “Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih”
di dikuti dengan soal jawab sebelum makan tengah hari. Pada sebelah petang
seminar bersambung dengan pembentang kertas ke-4 oleh Ir Rozita binti Mat
Senapi, PPK, Kualiti CPK bertajuk “Sistem Pengurusan Bersepadu” dan pembentang
ke-5 oleh Pn. Maziah binti Abu Hassan PPK BPKS,CKS dengan tajuk
kertas ”Program Pembangunan Kompetensi Pengurusan Aset Menyeluruh”.

 


SYABAS kepada semua yang terlibat
dalam penganjuran seminar ini.


SUMBER
DARI:


BAHAGIAN
KADER,CAWANGAN PENGURUSAN KORPORAT

Related Posts