English

Dimaklumkan bahawa Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha dan Pengarah JKR Perlis, Ir. Rahmat bin Hj. Abdul Rahman telah dimasukkan ke hospital berasingan akibat demam denggi. 

 
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya, Selangor pada hari Khamis, 23 Julai 2015  telah dibenarkan keluar dan bercuti sakit dirumah pada 26 Julai 2015.
 
Manakala Pengarah JKR Perlis, Ir. Rahmat bin Hj. Abdul Rahman pula telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Seremban, Negeri Sembilan. Kepada yang berkesempatan boleh melawat beliau di  Bilik 341, Tingkat 3.
 
Sama-sama kita doakan agar kedua-duanya segera sembuh dan dapat bertugas seperti sediakala.
 
*dalam gambar*
 Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato' Sri Zohari bin Hj. Akob beserta warga KKR dan JKR menziarahi Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Dato' Ir. Dr. Roslan  bin Md. Taha di PPUM Petaling Jaya, Selangor
 

Pengarah JKR Perlis, Ir. Rahmat bin Hj. Abdul Rahman di wad Hospital Pakar KPJ Seremban, Negeri Sembilan

Related Posts