English

Dengan amat bangganya warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ar. Professor Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 6 Jun 2015.

Semoga dengan penganugerahan darjah kebesaran ini akan meningkatkan semangat beliau untuk membawa perubahan yang lebih jelas kepada JKR, seterusnya memperkasa jabatan untuk menjadi sebuah institusi teknikal yang disegani.

Sumber: Cawangan Kerja Bangunan Am 1, 29 Julai 2015

Related Posts