English

Taklimat ini telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Tenaga Cawangan Alam sekitar dan Tenaga. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna dan penguni bangunan akan kepentingan penjimtan tenaga.

Sesi taklimat ini menjurus kepada cara-cara penjimatan tanpa kos yang mudah dilaksanakan dan dipraktikan dalam aktiviti-aktiviti harian. Pihak kami juga telah memberikan poster-poster dan pelekat-pelekat kesedaran penjimatan tenaga kepada peserta yang hadir untuk di lekatkan di pejabat masing-masing.

Selain dari taklimat penjimatan tenaga pihak kami juga telah membentangkan pencapaian penjimatan GDC bagi bangunan tersebut setelah aktiviti penjimatan tanpa kos dilaksanakan bermula pada bulan Mei 2013. Sehingga ke bulan September 2013, purata penjimatan yang dapat dicapai bagi bacaan GDC adalah sebanyak 16% (RTH) manakala bagi bil GDC pula dalam 15% (RM) berbanding dengan nilai baseline.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts