Submitted by adminjkr on Thu, 09/05/2013 - 12:00am
English
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah ROHAYAH BT HUSSAIN, 57 tahun [Ketua Pembantu Tadbir, Unit HRMIS, JKR] yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Mei 2013. Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Koperasi Polis Fasa II pada 6 Mei 2013 jam 10.00 pagi.
Allahyarhamah mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 1 March 1978 sehingga 30 Disember 2003 di JABATAN PENGANGKUTAN JALAN selama 25 tahun. Pada 31 Disember 2003 sehingga 1 Jun 2008 Allahyarhamah telah bertukar dan berkhidmat di KEMENTERIAN KERJA RAYA selama 6 tahun. Perkhidmatan dan penempatan terakhir Allahyarhamah adalah selama 5 tahun di UNIT HRMIS JKR, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, CAWANGAN PENGURUSAN KORPORAT, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA iaitu bermula pada 2 Jun 2008 sehingga 5 Mei 2013
Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Related Posts
- 1042 reads