English

Pegawai yang ditempatkan akan memperolehi pengalaman menganalisa dan merekabentuk bangunan pencakar langit yang melebihi 40 tingkat menggunakan perisian terkini diantaranya ETABS, SAFE, ORION, GSA dan REVIT. Antara projek yang telah dikenalpasti untuk penglibatan ialah:

i.    Menara OSK melebihi 50 tingkat
ii.    Menara LGT
iii.    Blok Apartment Cyberjaya setinggi 40 tingkat

Pegawai juga akan berpeluang untuk menimba ilmu dan bertukar pengalaman dengan perekabentuk di Syarikat ARUP Juruperunding Sdn Bhd serta didedahkan kepada amalan budaya kerja disalah sebuah syarikat telah lama bertapak di Malaysia dan bertaraf antarabangsa.

Tarikh Iklan : 27 Jun 2013

Tawaran adalah dipelawa kepada Jurutera Awam di JKR untuk penempatan di ARUP Jururunding Sdn Bhd seperti berikut:-

1. Disiplin / Gred : Jurutera Awam / J44 – J48
2. Tempoh perkhidmatan di JKR : 5 tahun (minimun)
3. Tahap pencapaian prestasi : Melebihi 85% dalam tempoh tiga (3) tahun.
4. Bilangan kekosongan : 4 jawatan
5. Kaedah penempatan : Program Penempatan Silang (PCF)
6. Tempoh penempatan : Akan ditentukan kemudian (Minimum 6 bulan, maksimum 2 tahun)

Pegawai yang berkelayakan dan berminat adalah diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam Sistem MyKJ dan mengemukakan permohonan (surat permohonan beserta CV tidak lewat dari 11 JULAI 2013 kepada :

Ketua Bahagian Dasar Sumber Manusia,
Cawangan Pengurusan Korporat,
Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Tingkat 4, Blok F,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Fax: 03-2691 2835
E-mel : bdsm [at] jkr.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai seperti dinyatakan di bawah :-

Fadilah Hani Binti Siajam
No. Tel.: 03-2610 8102
E-mel: FadilahHani [at] ikr.gov.my

Related Posts