Submitted by adminjkr on Fri, 31/07/2015 - 12:00am
English
Tawaran Pengisian Kekosongan Jawatan Secara Pinjaman
Tarikh Iklan : 3 Ogos 2015
Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred Jawatan Jurutera(Tetap) untuk mengisi kekosongan Gred Jawatan Pinjaman di Unit Pasukan Khas Gemas – Johor Bahru (PKGJB), Kementerian Pengangkutan Malaysia seperti berikut:-
Bil. | Gelaran Jawatan Pinjaman dan Penempatan | Disiplin dan Gred Jawatan Pinjaman | Bilangan Kekosongan | Gred Jawatan Pemohon | Senarai Tugas |
1 | Ketua Unit Pasukan Khas PKGJB Kementerian Pengangkutan | Jurutera Awam Gred J54 (terbuka) | 1 Jawatan | Gred J52/J54 (Hakiki/ Memangku) | Sila Rujuk
|
2 | Pegawai Teknikal Pasukan Khas PKGJB Kementerian Pengangkutan
| Jurutera Awam Gred J48 (terbuka)
| 1 Jawatan | Gred J44/J48 (Hakiki/ Memangku) | Sila Rujuk
|
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-
a)Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 2012 Klausa 5(e) pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang dari lima (5) tahun kecuali :
i. Memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
ii.Memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada (3) tahun.
b)Digalakkan pegawai yang mempunyai pengalaman dalam penyeliaan tapak projek.
Pegawai yang berkelayakan dan berminat adalah dipohon untuk mengemaskini maklumat peribadi dalam Sistem MyKJ dan mengemukakan permohonan maklumat (surat permohonan beserta Curriculum Vitae mengikut format yang disertakan KLIK SINI) tidak lewat daripada 17 Ogos 2015 kepada :
Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Aras 30, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur
Permohonan juga boleh diemelkan kepada pejabat kami : bpsk [at] jkr.gov.my
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai seperti dinyatakan
di bawah:-
i.Ir. Waznah Abdul Aziz
Tel : 03-26188652
Emel : WAZNAH [at] jkr.gov.my
ii.En. Mohamad Azreen Bin Hamidiah
Tel : 03-26188654
Emel : AzreenH [at] jkr.gov.my
Related Posts
- 1582 reads