English

Baju Korporat Baru JKR telah dilancarkan dalam Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil.3/2013 pada 17 Julai 2013 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Pelancaran Baju Korporat Baru JKR ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd. Noor bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Baju korporat ini akan digunapakai oleh seluruh warga JKR semasa mengadakan lawatan tapak dan menghadiri majlis-majlis rasmi Jabatan  mengikut keperluan.

Cawangan Pengurusan Korporat telah mula membuat jualan baju korporat tersebut dengan harga RM60.00 dan sekiranya berminat, tempahan bolehlah dibuat kepada En. Mohamad Shahirwan b. Abdul Aziz atau kepada Cik Noor Azreen bt. Ishak dengan menyerahkan wang tempahan berserta senarai saiz baju yang diperlukan di Pejabat Bahagian Keurusetiaan, Cawangan Pengurusan Korporat, Tingkat 11 (Anjung Kanan), Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Disertakan bersama-sama ini Paparan Baju Korporat Baru JKR tersebut semasa majlis pelancaran di Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia baru-baru in.

Related Posts