English

UCAPAN TAHNIAH KEPADA EN. MOHD FIRRDHAUS BIN MOHD SAHABUDDIN


 Ucapan tahniah diucapkan kepada En. Mohd Firrdhaus Bin Mohd
Sahabuddin, Penolong Pengarah (Arkitek) Gred J44 di Bahagian Teknologi &
Inovasi Seni Bina (BTISB), Cawangan Arkitek kerana telah berjaya membentangkan
kertas kerja beliau bertajuk “Traditional Values And Their Adaptation In Social
Housing Design : Towards A New Typology And Establishment Of ‘Airhouse’
Standard In Malaysia” di “17th International Conference On Sustainable
Architecture And Urban Design 2015 (ICSAUD 2015)”. Persidangan antarabangsa
yang telah diadakan di NH Laguna Palace, Venice, Italy, pada 13–14 April 2015
yang lalu, adalah satu platform yang menghimpunkan ahli-ahli akademik, para
penyelidik dan para professional didalam bidang Seni Bina Lestari untuk
berkongsi dan bertukar idea serta pengalaman mereka tentang hasil penyelidikan
berkaitan Kejuruteraan Seni Bina Lestari. Persidangan ini berfungsi sebagai
satu forum bagi disiplin-disiplin terbabit untuk membentangkan dan
membincangkan penemuan-penemuan inovasi yang terkini, trend dan cabaran yang
dihadapi serta kaedah penyelesaian dalam merealisasikan pembangunan Seni Bina
Lestari di peringkat nasional dan global. ICSAUD 2015 ini telah dianjurkan oleh
World Academy of Science, Engineering and Technology (WASET) yang berpangkalan
di Connecticut, Amerika Syarikat.


 Persidangan selama 2 hari ini telah berjaya menghimpunkan 80
orang penyelidik dari pelbagai latarbelakang yang kebanyakkannya terdiri
daripada ahli akademik dari Universiti seluruh dunia. Jabatan Kerja Raya
Malaysia (JKR) adalah satu-satunya wakil tunggal dari Malaysia yang membuat
persembahan dan diantara 8 badan bukan pengajian tinggi yang melibatkan diri.
Tahniah diucapkan.


 


Sijil
Persembahan di ICSAUD 2015

 



Sesi
Pembentangan Kertas Kerja


 



Naskah
‘Proceedings’
ICSAUD 2015

Related Posts