English
JKR melalui inisiatif Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR sekali lagi telah menganjur. Program keilmuan iaitu Wacana Ilmu @ JKR pada 3 – 4 September 2014. Tema program ialah Pengguna Bestari, Bijak Membeli.  Objektif program ialah untuk memberi pendedahan terhadap hak-hak pengguna dan memupuk keprihatinan terhadap isu-isu kepenggunaan semasa untuk menjadi pengguna bijak.
 
Wacana Ilmu ini telah berlangsung selama dua hari. Pada hari pertama, majlis diisi dengan forum bertajuk ”Elak jadi mangsa” di mana panel forum merupakan wakil daripada KPDNKK dan FOMCA. Pada sebelah petangnya, diadakan ceramah kesedaran bertajuk Pembudayaan Kuasa Pengguna oleh Yg. Bhg. Dato’ Nadzim Johan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Keesokan harinya, majlis diteruskan dengan forum bertajuk Apa itu GST?. Panel forum merupakan wakil daripada KPDNKK dan Kastam Diraja Malaysia. Di sebelah petangnya, majlis diteruskan dengan ceramah motivasi oleh Prof Dr. Muhaya Mohamad dengan tajuk Reset Minda Pengguna. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan ialah peraduan teka berat buku, pertandingan selfie#WacanaIlmuJKR2014,  jualan buku dan pameran daripada agensi-agensi luar seperti JAWI, Skuad Pengguna, Aqsa Syarif, PPIM, MAPMA, RISM, Persatuan Alumni UTM  dan lain-lain.
 
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Ir. Hj. Annies bin Md. Ariff. Ia juga turut dihadiri oleh Pengurusan tertinggi dan pengarah-pengarah lain yang hadir memberi sokongan  dan memeriahkan lagi majlis. Pada majlis ini juga,  dilancarkan buku garispanduan  bertajuk Project Scheduling yang diterbitkan oleh PROKOM.  Majlis juga turut memberi penghargaan kepada penyumbang aktif JCOP.  Mereka adalah En.  Mohd Fairuz bin Mamat @ Muhamad (CKASJ),  En. Mohamad  Farijal bin Othman (CKK) dan En. Nik Mohd Manan Wan Abdul Majid (JD Kuala Lipis).
 

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Wacana

Related Posts