English

JKR melalui inisiatif Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR sekali lagi telah menganjur. Program keilmuan iaitu Wadah Ilmu @ JKR pada 2 & 3 Oktober 2013. Tema program ialah Budaya IT kukuh Prestasi.  Objektif program ialah untuk mempromosi dan mempertingkatkan penggunaan sistem aplikasi teknologi maklumat dan knowledge management yang dibangunkan di JKR dan seterusnya memberi kesedaran tentang etika penggunaan teknologi maklumat.

Wadah Ilmu ini telah berlangsung selama dua hari. Pada hari pertama, majlis diisi dengan forum perdana (tajuk: Jenayah Siber & gejala media sosial’), temu mesra bersama penulis (tajuk: Menulis pengalaman dan pengalaman menulis’) dan ceramah khas oleh Dr. Kamal Affandi Hashim (tajuk:`Katakan tidak pada Jenayah). Manakala keesokan harinya, majlis diteruskan dengan ceramah motivasi oleh Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang bertajuk `Biar sibuk jangan menyibuk’, dan cabutan bertuah turut diadakan pada akhir majlis.  Selain itu, aktiviti berterusan yang diadakan sepanjang 2 hari ialah Klinik IT JKR (Menyediakan khidmat nasihat mengenai perisian aplikasi cawangan masing-masing yang dipamerkan spt. MyLatihan, e-aduan, RATOL, CADD dll.), kuiz klinik IT, jualan buku, pameran daripada agensi-agensi luar seperti LHDN, INTAN, KWSP, PTPTN dan lain-lain.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob. Ia juga turut dihadiri oleh Pengurusan tertinggi dan pengarah-pengarah lain yang hadir memberi sokongan  dan memeriahkan lagi suasana majlis. Dua buah buku berjudul Building energy efficiency technical guidelines for active design dan Building energy efficiency technical guidelines for passive design yang diterbitkan oleh Cawangan Alam Sekitar & Tenaga juga sempat dilancarkan. Manakala, majlis penutup telah disempurnakan oleh Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun, Pengarah CPK.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Wadah Ilmu @JKR ini!

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts