Malay
NOTA: MAKLUMAN INI DI EMEL JUGA KE PEGAWAI DI CAWANGAN-CAWANGAN IBU PEJABAT DAN NEGERI JKR
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
KAJIAN INDEKS KETERLIBATAN PEGAWAI DALAM ORGANISASI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 2015
   
Saya dengan hormatnya menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.
  2.         Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam akan menjalankan Kajian Indeks Keterlibatan Pegawai Dalam Organisasi Perkhidmatan Awam Malaysia 2015 melalui usaha sama dengan United Nations Development Programme (UNDP). Kajian ini bertujuan untuk mengukur indeks keterlibatan penjawat awam (employee engagement) yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur prestasi organisasi serta menjadi input kepada pelbagai program sumber manusia yang bakal diadakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11
  
 3.         Melalui hasil kajian ini juga, Kementerian akan mendapat maklum balas mengenai persepsi keterlibatan pegawai dan mengenalpasti faktor-faktor kekuatan dan kelemahan yang mempengaruhinya bagi tujuan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.
 
 4.         Sehubungan dengan itu, sukacita pihak kami memohon kerjasama seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia di Ibu Pejabat dan Negeri untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan melalui pautan seperti di bawah :
 
 
  
[Perhatian : Pautan kaji selidik diaktifkan sehingga 14 Julai 2015]
  6.         Bagi sebarang pertanyaan yang berkaitan, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi Pegawai Perhubungan yang telah dilantik untuk tujuan kajian ini iaitu: -
   
6.1       Encik Anuar Zaki bin Bakar
 Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar,
 Jabatan Perkhidmatan Awam
 Tel.  :       03-8885 3028
 Emel:       anuarzaki [at] jpa.gov.my
 
  6.2       Puan Faridah binti Habib
 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KKR
Tel.   :       03-2771 4910
 Emel:       faridahabib [at] kkr.gov.my
   
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Komunikasi Korporat
Cawangan Dasar Pengurusan Korporat
b/p Pengarah Cawangan Dasar Pengurusan Korporat

Related Posts


Date: Thursday, June 18, 2015