English
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
 
JKR MALAYSIA buat julung kalinya telah menyertai NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION (iCompEx) 2015 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Mac 2015 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah. Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini telah berjaya menyaksikan empat projek inovasi JKR Malaysia diiktiraf oleh panel penilai.
 
Daripada empat (4) penyertaan yang dikemukakan, tiga (3) daripadanya dianugerahkan Pingat Emas dan satu (1) projek inovasi dianugerahkan Pingat Perak. Selain itu, projek inovasi bertajuk GrEEM dari JKR Seberang Perai Utara juga telah berjaya dinobatkan sebagai Inovasi Paling Bernilai bagi iCompEx ’15.
 
Berikut merupakan senarai pemenang:
 
Bil  KETUA PEREKACIPTA   JKR NEGERI   PROJEK INOVASI   ANUGERAH  
 1  En. Vigneswaran A/L Suppiah  JKR Seberang Perai Utara, Pulau Pinang  GrEEM  
1.Inovasi Paling Bernilai 
2.Inovasi Ketiga Terbaik- Kategori Perkhidmatan & Pemasaran Produk 
3.Pingat Emas
 
 2  En. Vigneswaran A/L Suppiah  JKR Seberang Perai Utara, Pulau Pinang  Dr. SEM (Signboard Easy Maintenance)  Pingat Emas
 3  En. Pubalan A/L Kuppusamy  JKR Kerian, Perak  B-TST (Bongkah Tapak Sambungan Tiang)  Pingat Emas
 4  En. Saifol Bahri Bin Shaari  JKR Kerian, Perak  Median Night Reflector Post  Pingat Perak
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua perekacipta serta urus setia yang terlibat. Diharapkan kejayaan ini dapat dimanfaatkan oleh JKR secara amnya dan mendorong lebih ramai kakitangan JKR untuk menghasilkan inovasi yang bermutu tinggi.
 

Related Posts