Submitted by adminjkr on Fri, 27/03/2015 - 5:33pm
Malay
Salam Takziah
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Che Noh Ab Rahman kakitangan dari JKR Kesedar telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Mac 2015 akibat kemalangan di Paloh,Jln Kuala Krai -Gua Musang.
Dalam kemalangan yang sama juga terdapat dua orang lagi penumpang iaitu Wan Jusoh Wan Ali dan Zulkifli bin Baharun telah cedera dan dirawat di Hospital Kuala Krai
Sama-samalah kita memberikan sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham serta mendoakan agar rohnya sentiasa di cucuri rahmat oleh Allah swt. Al-Fatihah serta mendoakan agar mangsa-mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat.
Seluruh Warga JKR Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Che Noh Ab Rahman
Al-fatihah.
Related Posts
- 4497 reads