English
Adalah dimaklumkanPerhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Bulan Februari 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
 
TARIKH
:
27 FEBRUARI 2014 (KHAMIS)
MASA
:
8.15 PAGI (pendaftaran bermula 7.45 pagi rujuk atur cara)
TEMPAT
:
DEWAN TAN SRI MAHFUZ

Sehubungan itu pohon kerjasama pihak Y.Bhg. Dato'/ Datuk / Datin / Tuan / Puan Pengarah,Ketua Bahagian dan semua kakitangan JKR di Blok F dan sekitarnya untuk hadir bersama ke majlis ini. Untuk makluman majlis ini akan disertai oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya. Kehadiran adalah diwajibkan dan kedatangan akan direkodkan. Bersama-sama ini disertakan salinan Surat Jemputan Majlis bagi menerangkan maksud demikian.
 
Kerjasama pihak Y.Bhg. Dato'/ Datuk / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
"Berkhidmat Untuk Negara"
 
Yang menurut perintah,
 
BAHAGIAN KEURUSETIAAN
CAWANGAN PENGURUSAN KORPORAT
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
KUALA LUMPUR

Related Posts