Dihantar oleh adminjkr pada Sel, 25/02/2014 - 12:00am
Inggeris
Adalah dimaklumkan, Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Bulan Februari 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
TARIKH | : | 27 FEBRUARI 2014 (KHAMIS) |
MASA | : | 8.15 PAGI (pendaftaran bermula 7.45 pagi rujuk atur cara) |
TEMPAT | : | DEWAN TAN SRI MAHFUZ |
Sehubungan itu pohon kerjasama pihak Y.Bhg. Dato'/ Datuk / Datin / Tuan / Puan Pengarah,Ketua Bahagian dan semua kakitangan JKR di Blok F dan sekitarnya untuk hadir bersama ke majlis ini. Untuk makluman majlis ini akan disertai oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya. Kehadiran adalah diwajibkan dan kedatangan akan direkodkan. Bersama-sama ini disertakan salinan Surat Jemputan Majlis bagi menerangkan maksud demikian.
Kerjasama pihak Y.Bhg. Dato'/ Datuk / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
"Berkhidmat Untuk Negara"
Yang menurut perintah,
BAHAGIAN KEURUSETIAAN
CAWANGAN PENGURUSAN KORPORAT
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
KUALA LUMPUR
Related Posts
- 1015 bacaan