English

Sejajar dengan Pelan Strategik JKR Tema 5-‘organisasi
berinovatif’ dan selaras dengan Dasar
Inovasi JKR
Strategi 1- Perubahan Minda dan Penyemaian Budaya Kreativiti
dan Inovasi di kalangan penjawat JKR serta Strategi 2 – Pembangunan Inovasi di
kalangan penjawat JKR, Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan (JRICC),
Bahagian Latihan & Penyelidikan terus giat berusaha mengenal pasti,
membangun dan seterusnya mengkomersilkan projek inovasi JKR Malaysia di dalam
dan juga luar Negara. Ekoran dari kejayaan Program JIJ 2013 juga, program ini
akan diteruskan lagi dengan penambahbaikan dan pendekatan baru di tahun 2014.  


Program JIJ 2014 merupakan
‘pintu masuk’ (gateway) kepada semua
acara inovasi Jabatan dan Kementerian serta acara-acara inovasi dalam dan luar
Negara. Bermula dari tahun 2014, semua
pencalonan kepada Anugerah Inovasi JKR 2014 akan dipilih daripada penyertaan Program
Jejak Inovasi JKR (JIJ) 2014
. Oleh itu, semua kakitangan JKR yang menepati syarat-syarat
adalah dijemput untuk mengemukakan semua inovasi dan kreativiti yang
terdapat di Jabatan masing-masing.

Permohonan bagi Program JIJ 2014 adalah seperti berikut:
 
(i)Tarikh Buka Permohonan: 17hb Februari 2014
(ii)Tarikh Tutup Permohonan: 02hb Jun 2014
 
Sila klik DI SINI untuk memuatturun Syarat-syarat Penyertaan Program Jejak Inovasi JKR (JIJ)  2014.
Sila klik DI SINI untuk memuatturun Borang Penyertaan Program Jejak Inovasi JKR (JIJ)  2014.
 
Borang penyertaan inovasi tersebut hendaklah dikemukakan melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC/KPPiB/KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada:
 
Ketua Unit,
Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan (JRICC),
Bahagian Latihan dan Penyelidikan, 
Cawangan Pengurusan Korporat,               
Ibu Pejabat JKR Malaysia,                                                                                   
Tingkat 3, Menara PJD, 
No. 50 Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur.
 
No. Fax: 03-4041 1869
 
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program JIJ 2014, sila hubungi:
Cik Nurul-Fatin Bt Man : (T) :03-2618 7915 
                                        (E) :NurulFatin [at] jkr.gov.my

Related Posts