Sejajar dengan Pelan Strategik JKR Tema 5-‘organisasi
berinovatif’ dan selaras dengan Dasar
Inovasi JKR Strategi 1- Perubahan Minda dan Penyemaian Budaya Kreativiti
dan Inovasi di kalangan penjawat JKR serta Strategi 2 – Pembangunan Inovasi di
kalangan penjawat JKR, Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan (JRICC),
Bahagian Latihan & Penyelidikan terus giat berusaha mengenal pasti,
membangun dan seterusnya mengkomersilkan projek inovasi JKR Malaysia di dalam
dan juga luar Negara. Ekoran dari kejayaan Program JIJ 2013 juga, program ini
akan diteruskan lagi dengan penambahbaikan dan pendekatan baru di tahun 2014.
Program JIJ 2014 merupakan
‘pintu masuk’ (gateway) kepada semua
acara inovasi Jabatan dan Kementerian serta acara-acara inovasi dalam dan luar
Negara. Bermula dari tahun 2014, semua
pencalonan kepada Anugerah Inovasi JKR 2014 akan dipilih daripada penyertaan Program
Jejak Inovasi JKR (JIJ) 2014. Oleh itu, semua kakitangan JKR yang menepati syarat-syarat
adalah dijemput untuk mengemukakan semua inovasi dan kreativiti yang
terdapat di Jabatan masing-masing.
Related Posts
- 1078 bacaan