English
TAWARAN PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN SECARA PINJAMAN
 
Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred Jawatan Jurutera (Tetap) untuk mengisi kekosongan Gred Jawatan Pinjaman di PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK) seperti berikut :
 
 
Bil
 
 
Gelaran Jawatan
 Pinjaman
dan Penempatan 
 Disiplin 
dan Gred
 Jawatan
Pinjaman 
 Bilangan 
Kekosongan 
 Gred Jawatan
Pemohon 
 Senarai
Tugas 
 
 1.

Jurutera
Perbadanan Harta
Intelek Malaysia
 Awam
Gred
J48/52
 1 Jawatan  Gred J48
Atau
Gred J52
 Sila Rujuk
 Lampiran 1
Syarat-syarat kelayakan adalah seperit berikut :
 
a) Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 2012 Klausa 5 (e) pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan profesional (P&P) apabila  dipinjamkan ke gred lebih tinggi hendaklah berkhidmat di gred hakiki tidak kurang dari lima (5) tahun kecuali :
  1. Memiliki kelayakan akademik di peringkat Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun ; atau
  2. Memiliki kelayakan akademik di peringkat Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
b) Digalakkan pegawai yang mempunyai kelayakan Profesional (Ir,) dan mempunyai pengalaman dalam penyeliaan tapak projek
 
Pegawai yang berkelayakan dan berminat adalah dipohon untuk mengemaskini maklumat peribadi dalam Sistem MyKJ dan mengemukakan permohonam maklumat (surat permohonan berserta Curriculum Vitaem mengikut format yang disertakan) tidak lewat daripada 13 Februari 2015 kepada
 
Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Aras 30, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur
 
Permohonan juga boleh diemelkan kepada pejabat kami : bdsm [at] jkr.gov.my
 
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai seperti yang dinyatakan di bawah :
 
En. Mohamad Azreen Bin Hamidiah
Tel : 03-26188654
Faks : 03-26188678
Emel : AzreenH [at] jkr.gov.my

Related Posts