Dihantar oleh adminjkr pada Rab, 28/01/2015 - 12:00am
Inggeris
TAWARAN PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN SECARA PINJAMAN
Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred Jawatan Jurutera (Tetap) untuk mengisi kekosongan Gred Jawatan Pinjaman di PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK) seperti berikut :
Bil | Gelaran Jawatan Pinjaman dan Penempatan | Disiplin dan Gred Jawatan Pinjaman | Bilangan Kekosongan | Gred Jawatan Pemohon | Senarai Tugas |
1. | Jurutera Perbadanan Harta Intelek Malaysia | Awam Gred J48/52 | 1 Jawatan | Gred J48 Atau Gred J52 | Sila Rujuk Lampiran 1 |
Syarat-syarat kelayakan adalah seperit berikut :
a) Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 2012 Klausa 5 (e) pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred lebih tinggi hendaklah berkhidmat di gred hakiki tidak kurang dari lima (5) tahun kecuali :
- Memiliki kelayakan akademik di peringkat Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun ; atau
- Memiliki kelayakan akademik di peringkat Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
b) Digalakkan pegawai yang mempunyai kelayakan Profesional (Ir,) dan mempunyai pengalaman dalam penyeliaan tapak projek
Pegawai yang berkelayakan dan berminat adalah dipohon untuk mengemaskini maklumat peribadi dalam Sistem MyKJ dan mengemukakan permohonam maklumat (surat permohonan berserta Curriculum Vitaem mengikut format yang disertakan) tidak lewat daripada 13 Februari 2015 kepada
Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Aras 30, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur
Permohonan juga boleh diemelkan kepada pejabat kami : bdsm [at] jkr.gov.my
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai seperti yang dinyatakan di bawah :
En. Mohamad Azreen Bin Hamidiah
Tel : 03-26188654
Faks : 03-26188678
Emel : AzreenH [at] jkr.gov.my
Related Posts
- 1587 bacaan