Date: Friday, January 12, 2018

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 2 Oktober 2018 di Negeri Kelantan, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg. Dato' Sri KPKR dengan nombor rujukan (17) dlm. JKR.KPKR:114.020.070/07/1 Jld.9 bertarikh 9 Januari 2018;
 

BIL. ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN PENYERTAAN

MUAT TURUN GARIS PANDUAN

1

Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik

WAJIB kepada semua JKR Negeri mengemukakan pencalonan

LAMPIRAN A
2

Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik

WAJIB kepada semua Cawangan JKR Ibu Pejabat/ CREaTE/ JKR Wilayah Persekutuan

LAMPIRAN B
3


Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik (Infrastruktur/ Bangunan)
KATEGORI : PROJEK RM500 RIBU - RM 20 JUTA
 

WAJIB kepada semua Cawangan JKR Ibu Pejabat/ JKR Wilayah Persekutuan/ JKR Negeri/ JKR KESEDAR LAMPIRAN C
4


Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik (Infrastruktur/ Bangunan)
KATEGORI : PROJEK > RM 20 JUTA

 

WAJIB kepada semua Cawangan JKR Ibu Pejabat/ JKR Wilayah Persekutuan/ JKR Negeri/ JKR KESEDAR LAMPIRAN C


Sehubungan itu, semua JKR Cawangan Ibu Pejabat/ Negeri/ Wilayah Persekutuan/ JKR KESEDAR dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Ringkas seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 15 Mac 2018 (Khamis).

Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia 2018 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

 

Urus Setia Anugerah JKR Malaysia
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
50480 Kuala Lumpur

03-2618 8695/ 8685/ 8682