Submitted by adminjkr on Mon, 02/12/2013 - 12:00am
English
Sistem Penilaian Kenderaan Atas Talian (PiKAT) telah dilancarkan secara rasminya oleh Y.Bhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 18 November 2013 bertempat di The Grand Klana Ballroom, Klana Resort Seremban. Pelancaran yang dilaksanakan bersempena Hari Inovasi JKR 2013 itu turut dihadiri oleh barisan pengurusan atasan JKR serta Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraaan Mekanikal. Sistem PiKAT dibangunkan secara dalaman (in- house) dengan kerjasama di antara
Submitted by adminjkr on Tue, 26/11/2013 - 12:00am
English
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini sedang rancak menambahbaik kawalan keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi sebagaimana yang ditekankan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Buku Arahan Keselamatan. Untuk Makluman, Arahan Kawalan Keselamatan Jabatan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2013
Submitted by adminjkr on Tue, 26/11/2013 - 12:00am
English
Majlis Penyampaian Anugerah JKR dan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKR Malaysia bagi tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana meriah pada 18-19 November 2013 bertempat di Dewan Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. Majlis Penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohd Noor Bin Yaacob.
Submitted by adminjkr on Mon, 25/11/2013 - 12:00am
English
Adalah dimaklumkan bahawa temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat KKR 2013 akan diadakan pada 2 hingga 3 Disember 2013. Temuduga akan diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz, Kompleks Kerja Raya
Sila klik di sini untuk senarai nama calon temuduga
Submitted by adminjkr on Fri, 22/11/2013 - 12:00am
English
Karnival Sukan JKR Se-Malaysia 2013 telah dianjurkan oleh JKR Negeri Sembilan sejajar dengan Slogan 1Malaysia, 1Sukan, 1JKR.Berlangsung selama dua hari bermula dari 16 hingga 17 November 2013 dengan 8 acara sukan telah diadakan serentak di beberapa venue sukan di sekitar Bandar Seremban. Sebanyak 15 kontinjen dengan peserta seramai hampir 1,300 orang telah berkampung di Seremban, Negeri Sembilan sepanjang Karnival Sukan
Submitted by adminjkr on Tue, 19/11/2013 - 12:00am
English
Majlis Penyerahan Projek Politeknik Balik Pulau telah diadakan dengan jayanya pada 28 Oktober 2013 bertempat di Auditorium Pusat Pelajar (Blok B3). Majlis ini telah dihadiri dan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan Y.Bhg. Dato’ Hj. Nasir Bin Mat Dam, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.
Submitted by adminjkr on Fri, 15/11/2013 - 12:00am
English
Seminar on Asset Management Standards ISO 55000 anjuran Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara telah berlangsung pada 13 November 2013 bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.
Submitted by adminjkr on Wed, 13/11/2013 - 12:00am
English
Dimaklumkan bahawa pegawai yang merancang untuk memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MSc) dan Kedoktoran (Ph.D) perlulah mendaftar nama kepada BPSM, CPK untuk semua kategori pengajian seperti berikut:-