Submitted by adminjkr on Fri, 11/10/2013 - 12:00am
English
Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred Jawatan Hakiki Jurutera (Tetap) di JKR untuk mengisi kekosongan Gred Jawatan Pinjaman di Kementerian Pengangkutan seperti berikut:-
Submitted by adminjkr on Fri, 11/10/2013 - 12:00am
English
Mesyuarat tersebut telah sempurna dirasmikan oleh Ar. Noraini Md. Zin, Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia dan telah dihadiri oleh 106 orang Arkitek Gred J48 dan ke atas dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader.
Diantara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut : 1. Pembentangan Laporan Status Pelan Bisnes Arkitek JKR 2012 – 2015 a. Kumpulan 1 - Outstanding Project Delivery, oleh Pn. Norhayati Binti Nasaruddin b. Kumpulan 2 - Co-Creative Customer Experience, oleh En. Abd. Rahman Bin Ambari
Submitted by adminjkr on Tue, 08/10/2013 - 12:00am
English
JKR melalui inisiatif Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR sekali lagi telah menganjur. Program keilmuan iaitu Wadah Ilmu @ JKR pada 2 & 3 Oktober 2013. Tema program ialah Budaya IT kukuh Prestasi. Objektif program ialah untuk mempromosi dan mempertingkatkan penggunaan sistem aplikasi teknologi maklumat dan knowledge management yang dibangunkan di JKR dan seterusnya memberi kesedaran tentang etika penggunaan teknologi maklumat.
Submitted by adminjkr on Mon, 07/10/2013 - 12:00am
English
Majlis Penyerahan Projek ini juga dihadiri oleh YB Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia; YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia; Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia; Y.Bhg. Datuk Farida Bt Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia; dan dif-dif kehormat dari kedua-dua Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Kontraktor, Perunding dan Pembekal-Pembekal.
Submitted by adminjkr on Thu, 03/10/2013 - 12:00am
English
Pada 17 hingga 19 September 2013 yang lepas, Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia 2013 telah diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan selama 3 hari 2 malam. Mesyuarat yang bertemakan ‘Kompetensi Menjana Prestasi’ telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Y. Bhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob, manakala majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes) merangkap Ketua Disiplin Awam JKR Malaysia, Y. Bhg. Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain.
Submitted by adminjkr on Thu, 03/10/2013 - 12:00am
English
JKR sebagai sebuah organisasi teknikal terbesar kerajaan dan dengan kepelbagaian pemegang-taruh (stakeholder) yang mempunyai keperluan dan kehendak yang semakin mencabar, JKR perlu sentiasa bersedia untuk meningkatkan prestasi sistem penyampaiannya secara berterusan. Sehubungan dengan itu sebelum kita mengorak langkah seterusnya dan sebagai salah satu inisiatif untuk kita menentukan organisasi kita berada di landasan yang jelas, satu kaji selidik akan dijalankan.
Submitted by adminjkr on Thu, 03/10/2013 - 12:00am
English
Bahagian Pengurusan Kualiti, Caw. Pengurusan Korporat & Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan pertandingan merekacipta poster JKR OSH Day. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat penyertaan.
Submitted by adminjkr on Tue, 01/10/2013 - 12:00am
English
Kerja-kerja yang terlibat adalah menroboh jejambat sedia ada, kerja tanah, pengalihan utiliti, pembinaan cerucuk jejambat, pembinaan tembok penahan tanah dan pelancaran rasuk jejambat.
Pengguna jalan raya diminta mengambil maklum tarikh dan waktu penutupan sementara ini dan merancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan di laluan berkenaan.
Pelan Pengurusan Trafik akan dilaksanakan dengan bantuan PDRM dan pengguna jalan raya perlu mematuhi kesemua papan tanda arah yang disediakan untuk menghindarkan sebarang gangguan bagi menjamin keselamatan semua pihak.
Submitted by adminjkr on Wed, 25/09/2013 - 12:00am
English
Tema program kali ini ialah ‘Budaya IT Kukuh Prestasi’ bertujuan untuk mempromosi dan mempertingkatkan penggunaan sistem aplikasi IT dan KM yang telah dibangunkan di JKR disamping memberi kesedaran tentang etika penggunaan teknologi komunikasi dan gejala penyalahgunaan teknologi media sosial.
Di antara pengisian program ini termasuklah :
Forum Perdana
Tajuk : Benteras Jenayah Siber & Gejala Media Sosial
Submitted by adminjkr on Tue, 24/09/2013 - 12:00am
English
Sekalung taniah di atas pencapaian JKR dengan Penerimaan Sijil Penghargaan Pencapaian Pengemaskinian HRMIS Significantly Exceed Target (ST) bagi tahun 2012 dari Jabatan Perkhidmatan Awam pada 24 September 2013 di Mesyuarat JawatanKuasa Pelaksanaan HRMIS, JPA yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias (Timb. Ketua Pengarah Perkhidmtan Awam).