Submitted by adminjkr on Thu, 20/06/2013 - 12:00am
English
Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan ProJKRM Executive Talk 2013 (PET 2013) yang akan diadakan pada 04 Julai 2013 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Penyertaan terhad kepada 200 orang ahli ProJKRM yang berdaftar. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai program.
Submitted by adminjkr on Fri, 14/06/2013 - 12:00am
English
Tanggal 3 Jun 2013 telah menyaksikan sebuah lagi masjid diserahkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan oleh Pengarah JKR Negeri Sembilan, YBhg Dato Ir Dr Roslan bin Md Taha. Ini menjadikan dua buah masjid berjaya disiapkan dengan jayanya oleh JKR Negeri Sembilan bagi setengah tahun pertama 2013. Satu majlis penyerahan replika kunci beserta dengan solat Maghrib dan Isyak pertama turut diadakan dengan ahli kariah yang hadir seramai lebih 600 orang.
Submitted by adminjkr on Fri, 07/06/2013 - 12:00am
English
Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pencalonan pegawai-pegawai JKR untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang layak memohon Program Pembangunan Eksekutif Di Japan International Cooperation Agency (JICA), Jepun. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:-
1. Pegawai Pengurusan dan Profesional 2. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal 3. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada 1 Januari 2013
Submitted by adminjkr on Thu, 06/06/2013 - 12:00am
English
Majlis Penyampaian Anugerah JKR Sempena Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia bagi tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana meriah pada 27 Mei 2013 bertempat di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort, Terengganu. Majlis Penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Haji Fadillah Bin Haji Yusof dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin.
Submitted by adminjkr on Thu, 23/05/2013 - 12:00am
English
Sukacita diingatkan bahawa tarikh tutup penyertaan Anugerah Sempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2013 adalah 21 Jun 2013 (Jumaat). Oleh yang demikian, kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan borang penyertaan pada tarikh tersebut amatlah dihargai. Berikut merupakan dua (2) Anugerah yang akan dipertandingkan iaitu:
Submitted by adminjkr on Thu, 23/05/2013 - 12:00am
English
Dokumen ini dibangunkan secara bersama oleh Ahli J/Kuasa Kerja terdiri dari Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktrur dan Jambatan, Cawangan Kejuruteraan Senggara, dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Ianya menggariskan kehendak dan keperluan Kualiti Persekitaran Dalaman (IEQ) bagi projek-projek baru, ubahsuai, naiktaraf; yang merangkumi fasa rekabentuk, pembinaan, dan operasi & penyenggaraan.
Submitted by adminjkr on Thu, 16/05/2013 - 12:00am
English
Selaras dengan visi JKR untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek dan Kejuruteraan, JKR berusaha ke arah melahirkan lebih ramai kakitangan profesional yang mendapat kelulusan akademik peringkat Sarjana dan PhD.