Submitted by adminjkr on Wed, 17/07/2013 - 12:00am
English
Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred Jawatan Hakiki Jurutera (Tetap) di JKR untuk mengisi kekosongan di Pasukan Projek di Cawangan Kerja Kesihatan seperti berikut:-
Submitted by adminjkr on Wed, 17/07/2013 - 12:00am
English
JKR sebagai agensi teknikal utama kerajaan harus menjadi peneraju utama kepada agenda pembangunan negara khususnya dalam menyedia dan menyiapkan projek infrastruktur dan prasarana. JKR juga mempunyai visi untuk menjadi agensi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif.
Submitted by adminjkr on Wed, 17/07/2013 - 12:00am
English
Latihan dan Pengujiaan Lesen Memandu Kelas H&I ini telah diadakan sejak tahun 2012. Program ini melibatkan kerjasama diantara JKR Negeri Sembilan dan JPJ Negeri Sembilan, Seremban. Perancangan bagi menjayakan program ini telah dibuat sejak tahun 2011, hasil daripada cetusan idea semasa Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ). Selepas itu, pihak JKR Negeri Sembilan telah mengadakan sesi perbincangan bersama JPJ Malaysia, Putrajaya dan JPJ Negeri Sembilan, Seremban bagi mendapatkan persetujuan melaksanakan program ini.
Submitted by adminjkr on Tue, 09/07/2013 - 12:00am
English
Sebagai menyahut saranan YBhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara merakyatkan perkhidmatan awam, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan telah mengadakan satu ekspedisi kembara dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Segamat Johor baru-baru ini. Ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi Endau-Rompin ini dianggotai seramai 34 orang pegawai dan kakitangan JKR Negeri Sembilan berjaya merapatkan lagi tali siraturrahim antara pegawai dan kakitangan bawahan selain menikmati keindahan fauna dan flora Taman Negara Endau Rompin di Selai, Bekok, Johor.
Submitted by adminjkr on Tue, 09/07/2013 - 12:00am
English
Menjelang Ramadhan 1434H bersamaan dengan 2 Julai 2013, satu lagi masjid telah disiapkan dan diserahkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan oleh Pengarah JKR Negeri Sembilan, YBhg Dato Ir Dr Roslan bin Md Taha. Ini menjadikan tiga buah masjid berjaya disiapkan dengan jayanya oleh JKR Negeri Sembilan bagi setengah tahun pertama 2013.
Submitted by adminjkr on Tue, 09/07/2013 - 12:00am
English
Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera.
Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, kita warga JKR yang beragama Islam, masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan Ramadhan al-Mubarak 1434 Hijrah yang penuh berkat dan rahmat ini.
Submitted by adminjkr on Thu, 04/07/2013 - 12:00am
English
Dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) akan melakukan kerja-kerja membuka dan menurunkan “Tie Frame” dan “Working Plateform” di pier 30 pada 05hb Julai 2013(Jumaat). Berikutan daripada itu, pihak JKR akan melakukan penutupan laluan kedua-dua hala di bawah jejambat MRR2 dari Batu Caves ke Sg. Buloh bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi. Sila patuhi papan tanda yang disediakan.
Submitted by adminjkr on Mon, 24/06/2013 - 12:00am
English
Pegawai yang ditempatkan akan memperolehi pengalaman menganalisa dan merekabentuk bangunan pencakar langit yang melebihi 40 tingkat menggunakan perisian terkini diantaranya ETABS, SAFE, ORION, GSA dan REVIT. Antara projek yang telah dikenalpasti untuk penglibatan ialah:
i. Menara OSK melebihi 50 tingkat ii. Menara LGT iii. Blok Apartment Cyberjaya setinggi 40 tingkat
Submitted by adminjkr on Thu, 20/06/2013 - 12:00am
English
Dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) akan melakukan kerja-kerja membuka dan menurunkan “Tie Frame” dan “Working Plateform” di pier 31 pada 21hb Jun 2013(Jumaat). Berikutan daripada itu, pihak JKR akan melakukan penutupan laluan kedua-dua hala di bawah jejambat MRR2 dari Batu Caves ke Sg. Buloh bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi. Sila patuhi papan tanda yang disediakan.