Submitted by adminjkr on Mon, 21/01/2013 - 12:00am
English
Pertandingan Boling Perseorangan Tertutup KSCPK 2013 telah diadakan pada 19 Jan 2013 bertempat di I Bowl Brem Mall Kepong. Pertandingan ini telah diadakan secara tertutup kepada Bahagian- Bahagian di dalam Cawangan Pengurusan Korporat. Seramai 32 orang telah menyertai pertandingan tersebut.
Keputusan Pertandingan :
Johan : Mohd Siddiq Jamaluddin –Bahagian Kewangan Naib Johan : Janari Sekali – Pejabat TKPKR Ketiga : Bahrin Nizam Baharuddin – BPKS Keempat : Jamaluddin Othman – BPKS
Submitted by adminjkr on Wed, 16/01/2013 - 12:00am
English
Dimaklumkan bahawa semasa pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012, Kerajaan telah mengumumkan kadar bayaran Wang Proses setiap permohonan pinjaman perumahan Perbendaharaan Malaysia akan ditetapkan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus sahaja).
Submitted by adminjkr on Tue, 15/01/2013 - 12:00am
English
Dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) akan melakukan kerja-kerja membuka dan menurunkan “Tie Frame” dan “Working Plateform” di pier 18 pada 18hb Januari 2013(Jumaat) serta memasang dan menaik “Tie Frame” dan “Working Plate Form” di pier 29 pada 19hb Januari 2013(Sabtu). Berikutan daripada itu, pihak JKR akan melakukan penutupan laluan kedua-dua hala di bawah jejambat MRR2 dari Batu Caves ke Sg. Buloh bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi. Sila patuhi papan tanda yang disediakan.
Submitted by adminjkr on Tue, 15/01/2013 - 12:00am
English
Sukacita diingatkan bahawa tarikh tutup penyertaan Anugerah JKR sempena dengan Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2013 adalah pada 25 Januari 2013 (Jumaat). Oleh yang demikian, kerjasama YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengemukakan borang dan laporan anugerah (bergantung kepada syarat penyertaan) pada tarikh tersebut amatlah dihargai. Berikut merupakan lima (5) anugerah yang dipertandingkan:
Submitted by adminjkr on Tue, 15/01/2013 - 12:00am
English
Bahagian Latihan CKUB telah mengadakan beberapa siri Roadshow Pemantapan Pentadbiran Kontrak untuk JKR Negeri pada tahun 2012. Roadshow yang pertama telah diadakan di negeri Pahang, disusuli dengan negeri Perak, Kelantan, Kedah/Perlis, Selangor/Kuala Lumpur/Putrajaya, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Melaka. Susulan daripada siri-siri Roadshow tersebut, senarai Frequently Asked Questions (FAQ) telah berjaya dikumpulkan. FAQ yang dimaksudkan adalah di bawah tajuk Wang Pendahuluan dan Bayaran Interim manakala bagi tajuk-tajuk lain akan menyusul kemudian.
Submitted by adminjkr on Fri, 11/01/2013 - 12:00am
English
Untuk makluman, Bahagian Dasar Sumber Manusia (BDSM) telah mengedarkan Surat Setuju Terima tawaran dan Dokumen Perjanjian yang perlu dilengkapkan oleh semua pegawai CFS yang berminat untuk menyambung perkhidmatan bermula 10 Januari 2013.
Submitted by adminjkr on Fri, 11/01/2013 - 12:00am
English
Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan ProJKRM Executive Talk 2013 (PET 2013) yang akan diadakan pada 6 Februari 2013 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Penyertaan terhad kepada 300 orang ahli ProJKRM yang berdaftar. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai program.