Submitted by adminjkr on Wed, 04/03/2015 - 12:00am
English
Dukacita dimaklumkan bahawa Sdr. Aman Shah Mohamed, Penolong Jurutera Mekanikal gred JA29 dari Unit Rekabentuk Bangunan Am 1, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad 1 Mac 2015 lebih kurang jam 12.40 tengah malam di Hospital Pantai Bangsar. Jenazah telah dikebumikan pada pukul 6.30 petang di Machap, Johor pada hari yang sama. Moga Allah mengampunkan dan merahmati beliau dan ditempatkan rohnya bersama-sama para solihin.
Submitted by adminjkr on Fri, 27/02/2015 - 12:00am
English
Seminar Communities of Practice (CoP) JKR 2015 telah diadakan pada 24 Februari 2015 di Bilik Tanjung, Blok A, KKR. Peserta seminar terdiri daripada pengurusan atasan, pengarah Cawangan dan JKR Negeri, CoP Task Force dan Pengurus Pengetahuan JKR. Seminar telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Annies bin Md. Ariff, Ketua Pengarah Kerja Raya.
Submitted by adminjkr on Tue, 24/02/2015 - 12:00am
English
Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kerja Raya (KKR) seperti berikut:
i) YBhg. Dato' Mohd. Shafiq bin Abdullah sebagai TKSU (Sektor Dasar & Pembangunan) menggantikan YBhg. Dato' Haji Zainuddin bin Zakaria berkuatkuasa 16 Feb. 2015.
JKR merupakan sebuah agensi teknikal utama kerajaan yang menjadi peneraju kepada agenda pembangunan negara khususnya dalam menyedia dan menyiapkan projek infrastruktur dan prasarana.
Submitted by adminjkr on Thu, 29/01/2015 - 12:00am
English
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah mengadakan satu seminar bertajuk Inisiatif dan Hala Tuju CPAB pada 26 hingga 28 Jan 2015 di Bilik Bixa/ Citrus, Tingkat 28, Menara PJD, Kuala Lumpur. CPAB adalah cawangan baru yang ditubuhkan dibawah penstrukturan semula JKR. CPAB adalah cawangan baru yang mengabungkan Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM) dengan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara (BPKS) menjadi SATU.
Submitted by adminjkr on Wed, 28/01/2015 - 12:00am
English
TAWARAN PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN SECARA PINJAMAN
Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred Jawatan Jurutera (Tetap) untuk mengisi kekosongan Gred Jawatan Pinjaman di PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK) seperti berikut :