Date: Khamis, September 8, 2016

Mesyuarat Tahunan Jurutera Mekanikal JKR Malaysia Tahun 2016 telah diadakan pada 4 hingga 6 September 2016, bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, Negeri Sembilan bertemakan “Penguasaan Kompetensi Menjamin Kualiti”. Tema ini telah dipilih bersesuaian dengan usaha JKR memfokuskan kepada penghasilan kerja yang berkualiti serta berinovasi melalui kakitangan yang berkompetensi tinggi. Seramai hampir 200 orang Jurutera Mekanikal yang hadir pada mesyuarat kali ini termasuk yang berkhidmat di JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader di pelbagai Kementerian.

Mesyuarat pada kali ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR), YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Mesyuarat juga dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Pakar, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman.

Antara intipati saranan  dalam ucapan YBhg Dato’ Sri KPKR adalah:-

1.       Penguasaan Kompetensi perlu menjadi elemen teras dalam memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pelanggan dan pelbagai idea baru lagi inovatif dijana untuk membawa pembaharuan (REBRANDING) dan seterusnya menjadikan JKR organisasi yang produktif, kondusif dan customer centric.

2.       Pemasangan peralatan mekanikal yang dibekalkan perlu berkecekapan tinggi, berkualiti dan bersifat lestari serta menyumbang kepada peningkatkan penyampaian kualiti projek, penghasilan produktiviti yang lebih efektif dan value for money.

3.       Penguasaan kompetensi haruslah yang setanding dengan World Class Standard agar “WORLD CLASS HUMAN CAPITAL” dapat dicapai oleh semua warga JKR amnya dan warga Kejuruteraan Mekanikal secara khususnya, seterusnya menjayakan RMk 11, Program Transformasi Negara dan Wawasan 2020.

4.       Mewujudkan Program Kompetensi Bulanan iaitu sesi selama satu (1) jam setiap dua (2) minggu sekali berhubung dengan “cakap-cakap teknikal”, dan diperluaskan ke seluruh sektor pakar.

5.       CREaTE menjadi pemangkin dalam usaha-usaha untuk memperkasakan serta mempertingkatkan kompetensi Jurutera Mekanikal khususnya dan warga JKR secara umumnya.

6.       Penguasaan kompetensi perlu disertai dengan pemilikan ‘soft skill’ yang baik dalam menaikan imej JKR di persada antarabangsa dan setiap pegawai perlu mendapatkan sekurang-kurangnya pengiktirafan sebagai Jurutera Professional atau sijil kekompetenan.

7.       Bilangan Jurutera Mekanikal yang memiliki Ijazah Sarjana (Master-50 orang), Ijazah Kedoktoran (PhD-2orang) perlu dipertingkatkan dan (19%) Jurutera Professional juga perlu ditambah bilangannya dengan kadar sekurang-kurangnya 13 orang setahun.

8.       Peranan sebagai penasihat teknikal kepada kerajaan perlu diperluaskan ke peringkat antarabangsa.

9.       Isu-isu teguran audit perlulah diatasi kelemahannya dan diambil pengiktibaran atau lesson learnt serta semua pegawai JKR perlu sentiasa mematuhi segala prosedur yang telah dikeluarkan oleh Jabatan.

10.   Setiap tindakan memerlukan kepada sifat sense of urgency and with sense of responsibility demi memastikan produktiviti yang dihasilkan berkualiti tinggi.

11.   Jurutera Mekanikal perlu mempergiatkan usaha engagement with stakeholder  (secara berkala) dan membina hubungan yang akrab serta mencari penyelesaian kepada semua isu yang dihadapi dan diselesaikan di peringkat awal projek.

12.   Mempergiatkan dan mewar-warkan khidmat cemerlang yang diberikan oleh CKM, agar imej JKR dapat dipertingkatkan dan dapat mengubah persepsi awam terhadap JKR. Contohnya melaksanakan program rekabentuk (100%) BOMBA Compliance.

13.   Pegawai yang memiliki kekompetenan di dalam penggunaan perisian BIM perlu ditambah agar dapat menyumbang kepada pencapaian objektif CITP (Program Transformasi Industri Pembinaan).

14.   Warga kerja JKR perlu sentiasa mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, ALWAYS DO BETTER THAN OUR BEST untuk menaikkan imej JKR.

Selain itu, YBhg. Dato’ Sri KPKR telah berbesar hati menyempurnakan pelancaran tiga (3) produk baharu Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) iaitu:

1.       Spesifikasi Testing, Adjusting, Balancing And Commisioning (TABC) Untuk Sistem Penyaman Udara Dan Sistem Pencegah Kebakaran;

2.       Sistem Pengurusan Rekod Kenderaan JKR (SPaRK) Ver. 3; dan

3.       Panduan Asas Pengurusan Kuari JKR Malaysia.

Setelah melancarkan produk CKM, Dato’ Sri KPKR melawat pameran yang diadakan sekitar dewan seperti berikut:

1.       An Apparatus to Support a Mechanical Device;

2.       Method of Controlling Dehumidification for Cooling Coil;

3.       Kajian Pasaran Secara Online;

4.       O’FLOW – One Stop Solution for Tank Overflow Crisis;

5.       Spesifikasi Testing, Adjusting, Balancing And Commisioning (TABC) Untuk Sistem Penyaman Udara Dan Sistem Pencegah Kebakaran;

6.       Sistem Pengurusan Rekod Kenderaan JKR (SPaRK) Ver. 3; dan

7.       Panduan Asas Pengurusan Kuari JKR Malaysia.

 

Mesyuarat tahunan ini telah disusun dengan pelbagai pengisian seperti pembentangan kertas kerja dan pameran produk yang dihasilkan oleh CKM yang mana ada di antaranya telah memenangi anugerah di peringkat kebangsaan.

Berikut senarai kertas kerja yang telah dibentangkan sepanjang mesyuarat berlangsung:

1.       Issue & Challenge of Fire Fighting System in Government oleh PgKB 1 Abdul Khair Bin Osman (JBPM) & PgKB 2 Jasni Bin Ali (JBPM);

2.       Laporan Ketua Audit Negara: From Contractual Perspective oleh Sr. Siti Baizura Binti Mohamad Noor (CDPK,JKR);

3.       Insight into Testing, Balancing & Commissioning (TABC) Specification for Mechanical System oleh Ir. Mohamed Azly Bin Abdul Aziz (CKM,JKR);

4.       The New HQ for Ministry of International Trade & Industry – A Success Story oleh Ir. Zulkifli Bin Ahmad (MITI);

5.       How to Move Forward on BIM oleh En Azilan Bin Mohd Ali (CKM,JKR);

6.       Method of Controlling Dehumidification of Cooling Coil oleh Ir. Wan Shah WaliAllah Bin Wan  Senik (CKM,JKR) & En. Zulkifli Bin Suliman (CKM,JKR);

7.       Technical Issue on Completed Government Hospital Project oleh Ir. Dr. Tuan Suhaimi Bin Tuan Salleh (CKM,JKR)  & En. Mohd Zamri Bin Abd Manaf (CKM,JKR);

8.       Retrofitting Chiller at BTP – Satu Penilaian Semula oleh Ir. Zulkifli Bin Abdul Rashad (CKM,JKR); dan

9.       Tanggungjawab Pegawai Penguasa (SO) Memelihara Kualiti Projek oleh Ir. Abu Bakar Bin Md. Sidek (UIA Kuantan, Pahang).

Secara amnya, Mesyuarat Tahunan Jurutera Mekanikal JKR Malaysia Tahun 2016 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu untuk menjadi platform perkongsian pengalaman, ilmu dan inovasi melalui perbincangan berkaitan isu-isu teknikal, dasar dan perkembangan terkini dalam bidang kejuruteraan.