Ir. Azizul bin Ariffin

Pengarah

Setiausaha Pejabat : Norishah binti Lisa

Alamat:

Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Tingkat 1, Blok F,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur

No. Tel. : 03-2610 8001

No. Fax : 03-2694 7762

Objektif

  • Memastikan semua aset bangunan milikan kerajaan yang diselia oleh JKR sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa untuk mencapai objektif penyampaian perkhidmatan agensi berkaitan.
  • Mengekalkan kefungsian aset bangunan bagi memenuhi ciri-ciri fasiliti dan teknikal yang direkabentuk serta ekonomik untuk digunakan.
  • Memastikan perkhidmatan pengurusan fasiliti bangunan dan yang berkaitan dengannya sentiasa efektif dan efisien dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Fungsi

  • Menyedia sistem dan piawaian pengurusan dan penyenggaraan aset Kerajaan yang seragam dan sistematik supaya tahap keselamatan, kesihatan dan keselesaan sesuatu fasiliti bangunan dapat ditingkatkan.
  • Melaksana pengurusan dan penyenggaraan fasiliti bangunan yang bersepadu dan menyeluruh.
  • Menyelaras pengurusan dan penyenggaraan fasiliti bangunan yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan serta menjalankan audit senggara aset mengikut program yang ditetapkan.
  • Memberi khidmat nasihat terhadap penggunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan fasiliti bangunan yang lebih berkesan dan ekonomik.
  • Sebagai Urusetia Aset Allih JKR Malaysia, Urusetia Penyelarasan Bangunan Parlimen, Urusetia Syor Roboh Bangunan Persekutuan, Urusetia Jawatankuasa Pemandu Kontrak Pengurusan Fasiliti Kompleks CIQ Johor Bahru serta Urusetia Jawatankuasa EKSA Blok F.