KOSONG

Pengarah Kanan

Setiausaha Pejabat : Nur Maizura Bismi binti Mohamad

Alamat Pejabat:

Pejabat Pengarah Kanan, Cawangan Jalan,
Tingkat 15, Blok F, Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

No. Tel    : 03-2610 8041
No. Fax  : 03-2691 0663

Objektif

  • Untuk menyediakan jalan persekutuan dan infrastruktur jambatan sebagaimana dalam skim tanah kebangasaan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan negara.

  • Untuk menyelaras pembinaan dan membaiki jalan-jalan kampung untuk memastikan kawasan-kawasan membangun berhubung dengan baik.

  • Untuk memastikan jalan-jalan persekutuan dan jambatan-jambatan yang sedia ada disenggara dengan baik, diperbaiki dan dinaiktaraf untuk penggunaan yang lebih selamat.

 

Fungsi

  • Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan perlaksanaan projek pembangunan dari peringkat perancangan sehingga peringkat penyerahan projek dengan memastikan projek menepati kos, kualiti dan tempoh masa yang ditetapkan bagi Kementerian berdasarkan tiga (3) peringkat utama iaitu :

           i) Peringkat Perancangan

          ii) Peringkat Pengawasan dan Pemantauan

         iii) Peringkat Kawalan

  • Mengurus perlaksanaan pembinaan projek-projek yang mana jawatan Pengarah Projek/ Pegawai Penguasa Projek-projek berkenaan adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra atau Pengarah Jalan.
  • Menyelaras dan membuat agihan peruntukan pembangunan kepada JKR Negeri.
  • Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan perlaksanaan Program Keselamatan Jalan Raya termasuk lorong motosikal, jejantas dan memperelokkan kawasan berbahaya.
  • Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan program mengganti jambatan di laluan Persekutuan.
  • Membangun, mengurus dan menyenggara sistem pengurusan projek di Cawangan Jalan.
  • Mengurus, menyelaras dan menggerakkan pelaksanaan aktiviti Kualiti SPK MS ISO 9001:2008, SPAS MS ISO 14001:2004, SPKKP OHSAS 18001:2007 dan SPT ISO 50001:2011 di Cawangan Jalan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan Belanja Mengurus aktiviti-aktiviti Peringkat.