Ir. Dr. CHE HASSANDI BIN ABDULLAH

Pengarah Kanan

Setiausaha Pejabat : Nur Farah Atikah binti Khiruddin

  Alamat Pejabat:

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE),  

                                                                  Jalan Kemus, Simpang Ampat,

                                                                      78000 Alor Gajah, Melaka

 No. Tel. : 06-551 2227

  No. Fax :

 

Objektif

CREaTE diwujudkan bagi mencapai matlamat untuk melahirkan kakitangan yang kompeten dan professional bagi mencapai hasrat JKR Malaysia untuk menjadi pembekal perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

Fungsi

  1. Bahagian Latihan dan Kompetensi
  • Menyediakan halatuju dan memberikan ruang serta peluang kepada pegawai dalam membangunkan kerjaya di JKR berkonsepkan pembelajaran berterusan.
  • Membangunkan kompetensi baru dan meningkatkan kompetensi sediada secara terurus, sistematik dan berstruktur.
  • Melahirkan tenaga kerja yang mahir, pakar dan kompeten dalam rekabentuk, pengurusan aset/ fasiliti dan khidmat teknikal.
  • Melahirkan pegawai teknikal yang profesional yang mendapat pengiktirafan kepakaran dan kemahiran dalam dan luar negara.
  • Melahirkan pegawai yang berdaya saing, inovatif, berketerampilan, dinamik dan berwawasan.
  • Membentuk nilai murni dan sikap positif yang akan mewujudkan nilai cipta dan nilai tambah dalam jabatan

 

2. Bahagian Penyelidikan dan Inovasi

i) Pembudayaan dan Pembangunan Penyelidikan dan Inovasi

  • Pelaksanaan strategi dan pelan tindak di bawah Dasar Inovasi JKR
  • Pelaksanaan projek penyelidikan (dalaman dan kolaborasi)
  • Pelaksanaan program penyelidikan dengan menghasilkan Sarjana, Sarjana Kedoktoran (Ph.D) melalui kolaborasi penyelidikan dan Sarjana Kedoktoran (Ph.D) melalui kolaborasi penyelidikan bagi profesional.
  • Berpengalaman, berkepakaran dan cemerlang
  • Menjadikan JKR sebagai organisasi inovatif

 ii) Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

  • Pengurusan projek-projek penyelidikan daripada konsep sehingga ke peringkat pengkomersilan (dalaman dan kolaborasi)
  • Khidmat perundingan kepada penyelidik dan perekacipta inovasi
  • Pengurusan dana penyelidikan dan inovasi
  • Pengurusan kolaborasi dengan IPTA/ IPTS dan pihak luar JKR
  • Pengurusan inovasi yang berterusan

iii) Pengkomersilan

  • Penerbitan dan dokumentasi projek penyelidikan dan inovasi
  • Hak cipta atau Intellectual Property (IP) Rights program penyelidikan dan inovasi
  • Pengurusan data dan sistem maklumat penyelidikan dan inovasi
  • Promosi program penyelidikan dan inovasi
  • Pengurusan hasil penyelidikan dan inovasi