Pengarah : IR. MOHD NASIR bin BONTAT
Setiausaha Pejabat : NUR AQILAH BINTI MUSTAPHA
Alamat Pejabat :
Pejabat Pengarah
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Blok D (Lama), Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur
No. Tel. : 03-2610 7725
No. Fax: 03-2694 0315
Objektif
-
Memastikan semua fasiliti jalan JKR sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa.
-
Mengekalkan kefungsian fasiliti jalan JKR bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomik untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang optimum (optimum life cycle cost).
-
Memastikan perkhidmatan senggara fasiliti jalan JKR yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan.
Fungsi
-
Melaksana pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang bersepadu dan menyeluruh.
-
Menyedia sistem dan piawaian pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang seragam dan sistematik supaya tahap kefungsian dan keselamatan sesuatu aset fasiliti jalan dapat dipertingkatkan lagi.
-
Merancang dan menyelaras pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan di JKR Negeri dan Wilayah Persekutuan serta menjalankan audit senggara aset fasiliti jalan mengikut program yang ditetapkan.
-
Memberi khidmat nasihat kepada pemegang utama terhadap pengunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan fasiliti aset fasiliti jalan yang lebih berkesan dan ekonomik.
Perkhidmatan
- Melaksanakan program pembaikan lokasi blackspot KPI YB Menteri Kerja Raya di Laluan Persekutuan Semenanjung Malaysia dan Labuan.
- Melaksanakan program penambahbaikan lintasan pejalan kaki searas 1 Malaysia di Laluan Persekutuan Semenanjung Malaysia dan Labuan.
- Melaksanakan program menaiktaraf laluan strategik KPI YB Menteri Kerja Raya.
- Melaksanakan program Auditan dan mengeluarkan pengiktirafan kepada Kilang Pengeluar Asphalt di seluruh semenanjung Malaysia.
- Melaksanakan program Audit Kriteria Penerimaan bagi memudahkan penyerahan projek jalan siap kepada CSFJ.
- Melaksanakan Program Ops Selamat bagi hari perayaan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.
- Menyelaras permohonan pembangunan tepi jalan.
- Menguruskan permohonan pewartaan jalan, had laju dan had muatan berat.
- Menyediakan maklumat bencana alam melalui website e-bencana
- Menguruskan operasi Pusat Pengurusan Bencana JKR.
- Menerbitkan Buku Stastistik Jalan, Buletin Senggara Fasiliti Jalan (Peringkat Cawangan) dan Buletin Aset & Fasiliti (Peringkat Cawangan).
- Menguruskan permohonan pemasangan papan tanda iklan di Jalan Persekutuan.
- Menguruskan permohonan penutupan jalan untuk expedisi, treasure hunt dan sebagainya.
- Menguruskan permohonan data geospatial (Agensi Kerajaan).
- Menyediakan maklumat peta jalan JKR.
- Mengurus pemasangan Jambatan Panel Berkeluli Bermodular.
- Memastikan penyenggaraan jalan dan jambatan di Jalan Persekutuan berada dalam keadaan yang baik dan selamat kepada para pengguna dengan tanda amaran keselamatan yang secukupnya.
- Menguruskan sebarang aduan yang diterima melalui SMS DAPAT/email/surat khabar dan surat.
- 54437 bacaan